Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Resepi Mashed Potatoes
May 25, 2013 @ 12:17 AM | 1 Comment [s]

Konon macam chef sangat siap bg resepi dekat org kan hahaha. Ini resepi mashed potatoes macam yg dekat KFC tu.



Kentang putar:
  • kentang (4 biji)
  • Butter (3 sudu besar)
  • Fresh milk/full cream milk 
  • lada sulah, lada hitam secukup rasa
cara-cara:
  1. Kupas kentang dan potong kecil. Potong sama saiz dan kecil baru senang lembut, dia lembut sama-sama.
  2. Bila dah lembik, tos kan kentang. Isi dalam bekas untuk di lenyek.
  3. Masukkan butter dan lenyek bersama kentang tadi.
  4. Masukkan sedikit susu, ikut suka banyak mana sebab susu ni utk dia rasa lemak-lemak je.
  5. Masuk lada sulah n lada hitam sikit, ikut rasa juga. Lenyek sampaai lumat.
  6. Kalau malas, masuk semua bahan tu dlm blender dan blend mereke. lagi cepat dan kentang pun lumat.
Sos Kentang Putar (yg warna coklat tu)
  • 1 biji bawang besar (blend)
  • 3 biji bawang putih (blend)
  • 2 sudu tepung jagung (bancuh dengan air)
  • 1 kiub ayam knor
  • Butter (3 sudu besar)
  • Lada hitam lada sulah
  • Air 
cara- cara:
  1. Tumiskan  bahan yg dah blend tu dengan butter sampai warna dia perang.
  2. Masukkan tepung jagung yg dah dibancuh dengan air, kacau campai warna dia coklat2 mcm warna sos yg dekat kfc tu.
  3. Masukkan air supaya sos tadi tak pekat sangat.
  4. Masukkan kiub ayam, lada hitam lada sulah secukup rasa.
  5. Kacau sampai rata. Kalau dah sedap,dah cukup rasa padam api.

Ok, sekarang dah boleh hidangkan.

Labels:



Older Post | Newer Post
dear Love ✿


Hii Love. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment .
adorable guest ♛

Profile Entry Recipe



Follow ✿



shout ✿