Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
resepi nasi lemak
October 21, 2012 @ 12:57 AM | 0 Comment [s]

salam and hii,
since saya sibuk sangat nak makan nasi lemak. memandangkan saya dan keluarga sangat cerewet memilih makan berbeli dikedai, so hari ni saya decided nak try buat nasi lemak. sejak mak tak sihat tu, sy lah masterchef dekat rumah ni. dengan dua orang juri, si ayah dan si ajim yang baru sekarang nak cakap saya masak sedap, tu pun bila org tanya sedap tak, baru dia angguk. kalau tak, bila org tanya sedap ke tak, dia jawap 'ok lah' padahal habis sepinggan dah. 
hari ni mak bagi resepi nasi lemak dia. ayah paling semangat nak rasa , semangat pergi beli bahan. so, today i wanna share this recipe, Malaysian most favorited food, NASI LEMAK. 
Nasi Lemak (4 pot nasi)
  • bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan halba
  • bawang merah - 3 biji, dihiris
  • bawang putih - 2 biji, dihiris
  • daun pandan -  2 helai
  • halia - di hiris
  • santan
  • sedikit garam
cara-cara:
  1. basuh beras dengan bersih
  2. masukkan semua bahan diatas, daun pandan boleh diikat dengan apa2 gaya
  3. masukkan santan, sukatannya sama seperti sukatan air untuk masak nasi biasa
  4. masak nasi dalam rice cooker.
Sambal Bilis
  • ikan bilis - ikut suka nak banyak mana
  • bawang besar - 2 biji (1 biji utk dikisar, 1 biji dihiris)
  • bawang merah - 3 biji (dikisar)
  • bawang putih  - 4 biji (dikisar)
  • halia - sepotong (dikisar)
  • lada kering blanded - 5 sudu (boleh tambah kalau nak pedas, sy tak makan pedas)
  • air asam jawa
  • garam n gula secukup rasa
  • sos tiram (xnak letak pun takpe)
cara-cara:
  1. basuh dan goreng ikan bilis
  2. tumis bahan yang dikisar sehingga berminyak, gunakan api sederhana.
  3. masukkan air asam jawa, sos tiram dan garam.
  4. masukkan bawang yang dihiris
  5. jika sambal terlampau pedas atau masam, tambah gula
  6. kemudian masukkan ikan bilis yang telah digoreng
  7. dah siap.
ok, thats all. takde la susah sangat. first time buat pun ok je. ayah kata dah boleh jual, hehehehe.

Labels:



Older Post | Newer Post
dear Love ✿


Hii Love. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment .
adorable guest ♛

Profile Entry Recipe



Follow ✿



shout ✿