Welcome to my blog.You want to Follow or go back Home.
Megi tiram, Tawang Bachok
June 1, 2015 @ 4:04 AM | 0 Comment [s]

#syazatravelfood kali ini berkisah kan megi tiram dekat tawang, bachok kelatan. Fyi, aku dan kawan kawan google je tempat ni dalam foursquare. Lepas tu kitaorg main redah je drive masuk kampung orang. Yes, megi tiram ni dalam kampung, tepi rumah orang, bukan restoran besar. Tapi jgn risau parking space ada. Kitaorg pergi petang, so takda lag crowded sangat, services pun cepat, mersa.Kedai dia buka petang sampai malam, lupa lah hari apa dia tutup. Tapi jumaat dia buka, tak mcm kedai kedai kebanyakan dekat kelantan kan tutup hari jumaat.

Sebenarnya ini first time makan tiram (oyster). Pergi berempat dengan housemate, semua tak pernah makan tiram, so kitaorang order 4 different dishes plus fresh oyster (must try):

1. Fresh oyster - sedapnya oiii, sampai tambah order 5 ketul lagi. Sebab tak ramai org, kitaorg siap pergi tengok lah pakcik tu kopek tiram. Buruk rupanya tiram ni hahahha. Tapi serious first timer boleh telan fresh oyster ni. Kawan aku sorang mmg kurang sikit mencuba, tapi dia telan je fresh oyster tu. Dah habis makan baru kitaorg cakap ty fresh oyster, tak masak lah. Terdiam kau dia. Tp dia kata okay lah, cuma tergamam jugak tak pernah makan benda tak masak. Rm2 je seketul tak mahal.

2. Maggi tiram -signature dish dia, sedap, mmg sedap. Cukup rasa. Tiram dalam semangkuk tu pun punya lah banyak. Tp fresh oyster lagi sedap lah. Yang dalam megi ni dia dah kecut sbb dah kena masakkan. Rm8 semangkuk.

3. Maggi tomyam tiram - dia macam maggi tomyam tapi taruk tiram. Biasa kita letak telur je kan, hahahah. Tapi bagi aku tak lah sedap. Tak kena demgan selera aku, sbb tomyam dia manis sikit, pasal manis je pun (mmg ada masalah dgn makanan manis dekat kelantan). Jugak Rm8 semangkuk.

4. Kueh teow tomyam tiram - sama mcm maggi tomyam tiram, cuma dia tukar jadi kueh teow je. Jugak Rm8 semangkuk.

5. Maggi goreng tiram - Macam maggi goreng biasa, tapi taruk tiram. Sedap jugak, tak sure berapa ringgit sbb ni kawan punya.

Harga dia semua berpatutan lah. Ais kosong pun free je, no gst applicable tau. Boleh tempah utk supply tiram jugak. Aku rasa rugi pulak tak try nasi goreng tiram dia. Kalau korang pergi jangan lupa try semua tau haha. Cari kedai elok elok, dia ada letak signboard kecik dekat simpang. Jangan pulak terkejut sbb dia mmg lebih kurang gerai je, yg dipasang khemah mcm kenduri kahwin tu.

Labels:



Older Post
dear Love ✿


Hii Love. Welcome to my blog. Be nice here and leave your comment .
adorable guest ♛

Profile Entry Recipe



Follow ✿



shout ✿